Friday, January 23, 2009

Galeri Perfileman Malaysia

Pintu masuk ke Galeri Perfileman yang terletak di Jln Pahang Kecil (simpang pertama selepas lampu trafik masuk ke Tasik Titiwangsa). Jalan masuknya kecil, menghala ke banglo2 persendirian dan parking merupakan masalah besar sekiranya ramai yang berkunjung ke sini.

Banyak peralatan kamera dari zaman 50an sehingga kini dipamerkan. Suasana sebenar dunia lakonan dengan pengarah, penolong, juruteknik lampu dll. Sangat bermanfaat bagi sesiapa yang menggemari filem dan cara pembikinannya.

Foto artis-artis yang terkenal dari zaman filem hitam-putih. Baris atas, no:4 dari kiri, Datuk Jins Shamsudin. Filem2 Jefri Zain (ala spy 007) ketika itu sangat diminati ramai. Ramai bintang2 filem lama yang berbakat besar dan ada di antara lakonan mereka yang benar2 menyentuh jiwa. Foto pelakon terkenal beberapa dekad menghiasi dinding. Terdapat juga bahagian di mana dipamerkan piala2 Festival Filem Malaysia.

Foto favourite saya, Balairong Seri tempat Sultan bersemayam. Inilah satu-satunya set menggambarkan keadaan Sultan bila bersemayam di atas petarana baldu kuning bertekad benang emas dan bertatah permata manikam. Ukiran di dinding lambang seni halus pertukangan Melayu.

:: Memang kunjungan ke sini mengembalikan nostalgia ::

Monday, December 22, 2008

Morocco Pavillion

Morocco Pavilion di Taman Botani, Putrajaya sebuah tempat yg indah dengan kesenian Islam. Lihat sajalah kolam di tengah2 taman.

Memang terpegun dan rasa seolah-olah berada di Timur Tengah. Ditambah dengan cuaca dingin kerana hujan renyai-renyai. Kami sekeluarga berkelah di sini - bawa nasi briyani, rendang dan acar nenas.

Lihatlah pintunya yg besar, menghala ke dalam kawasan yg boleh dilawati. Seni ukiran dan mozek begitu halus, menggambarkan keunikan yg tersendiri. Ukiran ayat2 suci menambahkan rasa murni dan keinsafan dalam jiwa.

Sebelum ke Putrajaya, singgah di Cyberjaya menjemput anak lelaki yg menuntut di MMU. Dia jarang pulang (kerana banyak assignment), jadi pada hujung minggu yg agak free, memang kami ambil peluang untuk menghabiskan waktu bersamanya...

Tuesday, December 16, 2008

Disember 08

Bulan Disember di pusat-pusat membeli-belah dan ruang lobi pejabat-pejabat besar memang meriah dengan pokok-pokok fir yg dihias cantik. Jika anda berpeluang ke negara barat, keadaannya lebih 'sakan' dengan lagu-lagu Christmas Carols berkumandang di merata tempat.

Di pekarangan bangunan CIMB berdekatan stesen LRT Masjid Jamek. Ramai pelancong asing mengambil kesempatan mengabadikan kenangan. Pokok fir dihias dengan pelbagai jenis bebola, riben, hadiah dll. Saya suka membandingkan efek setiap hiasan pada keseluruhan pokok.

Di Berjaya Times Square...memang 'gergasi' pokok krismasnya. Foto bawah seperti berada di angkasa dengan bintang-bintang bertaburan dan planet merah serta keemasan.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez